Wednesday, June 30, 2010

Makan Tengah Hari & Ramah Mesra Bersama YDP/Presiden MPP Malaysia




Tanggal 20 Jun 2010 menyaksikan satu detik penting bagi YDP MPP Malaysia sesi 2009/2010. Kami berkumpul bersama-sama dengan Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sesi makan tengah hari dan ramah mesra yang berlangsung selama 2 jam di Marriott Hotel, Putrajaya. Sangat banyak perkara yang dikongsi bersama. Dato' Seri banyak bercerita tentang pengalaman dan harapan beliau kepada mahasiswa serta masyarakat generasi kini. Mari kita ikuti....











Buat akhirnya,saya titipkan sedikit komen Dato' Seri di laman facebook beliau selepas program ini,

"Sesi santai dan tanpa protokol ini memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali para pemimpin pelajar dan mendengar segala permasalahan dan idea mereka dalam pelbagai isu. Terima kasih semua"

Syabas dan terima kasih Dato' Seri. Ada masa kita makan-makan lagi.

Mesyuarat Jemaah YDP MPP Malaysia Bil. 1/2010

Buat julung kalinya dalam tahun 2010, Jemaah YDP MPP Malaysia berkumpul dan bermesyuarat bagi membincangkan hala tuju dan pergerakan Jemaah YDP. Hasil yang diperolehi sangat memberangsangkan. Setiap YDP memberikan pendapat dan hujah yang bernas bagi membantu Jemaah YDP terus berperanan sebagai landasan YDP MPP Malaysia berkumpul dan mencurahkan idea bernas demi kepentingan mahasiswa amnya.

Berikut merupakan butir-butir berdasarkan mesyuarat tersebut :

Tarikh : 20 Jun 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya
Masa : 4.00 PM – 7.00 PM

Kehadiran : Semua YDP MPP kecuali YDP MPP USIM, UiTM, dan UMT atas sebab yang tidak
dapat dielakkan. Malah turut hadir Penolong YDP MPP UiTM, Timbalan YDP
MPP UTeM, dan Setiausaha Agung UPSI

Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


2. Pembentukan Kabinet Jemaah YDP MPP SeMalaysia 09/10

(sila rujuk tab Jawatankuasa untuk maklumat)

3. Perancangan Pergerakan Jemaah YDP MPP dan MPP

Bagi mesyuarat akan datang, kata sepakat telah dicapai bahawa lokasi dan tarikh
perlu ditetapkan bagi memudahkan pergerakan. Lokasi dibahagikan mengikut zon
dan mesyuarat bil. 2 akan diadakan di UiTM. Manakala tarikh pula dipersetujui
untuk sebulan sekali dan 17 Julai telah ditetapkan sebagai tarikh mesyuarat
seterusnya.

4. Perbincangan Isu-Isu Dalam Negara Dan Tindakan

Tiga isu utama telah dibincangkan dalam sesi kali ini termasuklah:

1) Lesen perjudian bola sempena Piala Dunia 2010
Semua yang hadir sebulat suara tidak bersetuju pengeluaran lesen tersebut
dijalankan dan sebuah jawatankuasa terdiri daripada YDP UIA, UMP, dan UTM
dibentuk untuk bertanggungjawab mengenai isu ini. Surat rasmi daripada
Jemaah YDP telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri bagi menyatakan
bantahan berkenaan pemberian lesen judi bola tersebut.

2) Gesaan untuk mengadakan Skim Bagi Latihan Industri Oleh GLC
Isu ini dibawa agar mahasiswa disediakan tempat di dalam GLC melalui skim
latihan. Gesaan akan dipanjangkan kepada Kementerian Perdagangan,
Antarabangsa Dan Industri. Perbincangan selanjutnya akan dilangsungkan pada
mesyuarat (BIL 2/2010) setelah kajian dilaksanakan. Turut disentuh ialah
kebajikan mahasiswa sewaktu menjalani latihan industri agar mahasiswa
tidak dijadikan buruh murahan, mendapat perlindungan keselamatan, dan
bantuan seperti elaun dan penginapan.

3) Pembuangan bayi di kalangan mahasiswa (peranan YDP SeMalaysia)
Sidang bersependapat untuk menghasilkan penulisan kepada media memberi
pandangan mengenai isu ini juga pendapat kepada media agar memainkan
peranan yang berkesan.Turut sama kuatkuasa garis panduan perfileman
setelah kajian dibuat. Program Islamisasi Hiburan Tanah Air akan juga
dilaksanakan dihadiri oleh pendakwah, pengarah dan penerbit filem, anjuran
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Manakala MPP UPM akan mengadakan
Program Mahasiswa 1 Malaysia dan isu ini bakal dibawa sebagai agenda dalam
program tersebut.

5. Perbincangan Isu-Isu Luar Negara Dan Tindakan

Isu Palestin mendapat tempat bagi sesi kali ini. Pelbagai cadangan dikemukakan
termasuklah kutipan derma IPTA dan akan diserahkan kepada badan berkaitan,
surat sokongan kepada kerajaan agar mengheret Israel ke muka pengadilan, dan
mengisi Sudut Pidato dengan isu Palestin. Tindakan selanjutnya akan
diperincikan lagi dalam mesyuarat bil. 2 nanti.

6. Isu – Isu Berbangkit

Konvensyen MPP kali ini akan dianjurkan oleh UPM dan tarikh cadangan adalah
pada bulan 12, sidang memohon dipercepatkan. Data YDP MPP akan dikumpulkan oleh
Setiausaha Jemaah bagi rujukan masa hadapan.

7. Penangguhan Mesyuarat